New Packaging " Beauty Cream Safi Balqis White Trilogy "


" Pakai Krim Safi Balqis Pun Boleh Jadi Kulit Bersih "


Assalammualaikum semua,
Kali ni Eyrra nak share sikit tentang krim penjagaan kulit Eyrra... ramai yang tegur & bertanya... kulit muka Eyrra putih... Eyrra pakai apa yer... share lah dekat diaorang... ada yang tanya Eyrra cucuk VITAMIN C ke dekat muka??? ada makan SUPPLEMENT ke???? alamakkkk???? kenapa orang target Eyrra cucuk VITAMIN C & makan SUPPLEMENT pula ni... OMG !!!! Eyrra tak pakai benda tu semua... Eyrra tak berani makan pill sebab Eyrra nak kahwin... Pill tak elok untuk perempuan yang belum berkahwin... nak elak benda tak elok berlaku dekat dalam badan kita... lagi pun mana nak datang duit beli benda mahal-mahal tu... Eyrra lagi prefer kalau korang just guna barang-barang yang mampu milik nak tepek dekat muka... kalau kita ajar muka kita ni pakai barang memahal... nanti bila kewangan tak stabil... macam mana???? baik kita fikir masa panjang nak guna product yang mahal-mahal... sebab product harian kita akan selalu guna... bukannya sebulan sekali baru guna kan... tak gitu kengkawan....

baiklah... jom tengok dulu gambar-gambar SAFI BALQIS yang Eyrra guna bermula dari 14 Tahun sampai lah 22 Tahun... memang Eyrra tak nak tukar benda lain... sebab kulit Eyrra dah sebati sangat dengan krim ni... so tak payahlah nak suruh Eyrra cuba pakai benda lain.. memang reject terus....

Krim yang ni Packaging masa Eyrra sekolah menengah dulu... hehehehe.... krim nilah yang pertama buat Eyrra jatuh hati sampai sekarang... masih setia gunakan krim ni....


Bila zaman UITM dulu... dah tukar packaging macam ni... rajin betul SAFI BALQIS ni tukar packaging sampai kadang-kadang Eyrra pun tak tau nak explain dekat orang apa yang Eyrra pakai... sebab krim SAFI BALQIS ni tahan lama... so Eyrra still pakai yang lama... orang yang baru nak pakai tu dia jumpa packaging yang baru... so korang pandai-pandai sendiri lah cari dekat kedai k...


taaaaaadaaaaaaaaaaaa !!!!!
Bila zaman bekerja ni... dah bertukar packaging baru pula... hahhahha... so sesiapa yang tanya dekat Eyrra... make sure korang beli yang packaging yang ni... sebab yang ni paling baru... so bahan dia pun baru lagi... jangan beli yang lama punya... lagi baik beli yang macam ni k... Eyrra perasan sikit yang baru ni rasa kulit lagi lembut... best je bila pegang muka... hehehhe... so siapa yang bekulit gelap tu... nak try kulit jadi cerah.. boleh lah berjinak-jinak mencuba krim ni k....

ada yang tanya... Eyrra memang guna krim ni je ke siang malam??? Eyrra pun tak tau nak explain macam mana... sebab Eyrra pernah try pakai krim malam... tapi kulit Eyrra tak sesuai... so Eyrra guna krim ni untuk malam dan siang sekali... Eyrra rasa kulit Eyrra lagi okey pakai ni je... tak pakai macam-macam... senang kan... jimat duit... hehehhehe... tak payah fikir-fikir nak beli macam-macam untuk muka....


tata semua,
meoww meowww,
Assalammualaikum


Perkahwinan bermula dari "ZERO"


" Beli Sikit-Sikit Lama-Lama Lengkap Jua 'Rumahku Syurgaku' "


Assalammualaikum,
Eyrra nak share sikit tentang kehidupan sebelum nak masuk alam perkahwinan ni... Eyrra lagi pentingkan kehidupan selepas kahwin berbanding fikir pasal majlis kahwin... sebab majlis kahwin bila-bila boleh buatkan... tapi rumah ???? kalau tak ada rumah mana pula nak duduk... tak kan nak tinggal asing-asing atau duduk dengan parents... kalau nak merasa berdikari usaha duduk sendiri... susah senang dengan pasangan kita... masa tu baru kau tau macam mana nak cari duit... masa tu baru kau fikir duit tu amat penting bagi kau... tak boleh nak hidup mewah sangat.... nak beli tu nak beli ni... kau kene fikir betul-betul untuk future kau... kau dengan pasangan bukannya hidup sehari dua... mungkin jodoh korang panjang... bertahun-tahun kau hidup dengan dia... so apa yang penting kau kene pandai saving... kalau tak makan lah apa yang ada dekat rumah tu nanti... tak gitu.... 

Walaupun aku belum kahwin... tapi banyak benda sebenarnya aku dah tau... sebab aku suka bertanya dengan orang yang dah lama berkahwin... sebab diaorang dah makan garam dulu dari aku... so aku tau lah serba sedikit nak saving duit untuk kehidupan selepas kahwin aku nanti... kadang-kadang memang terniat dalam hati ni nak beli macam-macam... tapi fikir kan future yang up coming ni... terus saving sikit-sikit... bukan aku tak nak rasa hidup susah... tapi at least ada lah duit simpanan di bank... tak kan hidup ni nak terlalu boros... sebab kalau kita dah kahwin... totally hidup kita akan jadi "zero" kau kene hidup dari tak ada benda... kira macam baby lah kan... dari tak tau apa-apa barulah kau ada ilmu....contoh macam rumah kau kosong... lama-lama kau beli sikit-sikit... inshaallah barang dalam rumah kau akan penuh... 

Bagi aku kan... biarlah orang tengok rumah kita kosong.... tak ada apa-apa langsung... janji hidup kita tak berhutang... kita beli dengan duit titik peluh kita dengan pasangan.... kalau kau perempuan, kalau kau dah bekerja kau mesti fikir nak cari duit tu susahkan... so kau jangan lah demand nak mintak laki kau tu beli macam-macam... baru kahwin eloklah kau hidup berserderhana dulu... kalau kau ada rumah sendiri... kira kau beruntunglah... orang lain tu kene sewa dan macam-macam dugaan lagi tau.... 

kalau kau dah bersetuju nak berkahwin dengan lelaki tu... kau kene bersedialah nak hidup susah senang dengan dia... kalau kau dah tau laki kau gaji ciput je... kau nak macam-macam sampai dia fikir nak berhutang... baik kau stop... sebab berhutang ni lagi perit daripada kau hidup susah... inshaallah kalau kau bagi semangat dekat laki kau hari-hari sebelum dia pegi kerja nanti.... mungkin dia lagi rasa semangat nak bekerja... mungkin dia dapat naik pangkat atau naik gaji.... haaaaa... tak gitu... kau fikir positive je beb... hidup kau juga senang nanti kan... 

okeylah jom terjah barang-barang dekat IKEA ni... aku sebagai orang perempuan teringin sangat nak rumah macam dekat bawah ni... tapi aku tau... nak mulakan hidup berumah tangga ni memang banyak pakai duit... bak kata En. Tunang beli yang basic je dulu... sebab nanti tak ada lah awak kene cuci baju pakai tangan.... hahahahah... sayang juga En. Tunang  dekat aku.... ingatkan tak sayang...tapi dia cakap kita start dari bawah yer... kalau awak boleh terima saya masa saya zero dulu... tak kan awak tak boleh terima saya yang sekarang... saya akan usaha buat awak gembira nanti... inshaallah... 




banyak-banyak bilik dekat IKEA tu... bilik ni yang paling Eyrra suka,,, sebab almari dia sekali dengan cermin... so tak payah beli cermin make up lagi... aku boleh je berdiri depan almari... boleh posing-posing... hahahaha... baru puas sikit dapat cermin besar-besar macam ni....






bila aku tengok dapur-dapur ni memang teringgin juga... tapi bila tengok harga... rasa macam nak beli kereta cash je tau... hhahahhaha.... so pandang-pandang je lah dulu... kalau ada rezeki dapat lah merasa dekat rumah sendiri....





tadaaaaaaaaaa!!!!! tempat frame ni memang wajib ada dekat rumah aku nanti... sebab apa... sebab aku nak rumah aku nanti ceria dengan gambar-gambar aku dengan pasangan... heheheh... tak kisah lah rumah aku kecik ke nanti... yang penting ada space tempat letak frame... hehehehe






aku suka sangat meja makan yang kecik-kecik macam tu... yang simple... senang sikit nak ubah-ubah tempat... sebab aku suka deco rumah... tu yang tak sabar nak aada rumah sendiri... aku akan deco rumah aku sikit demi sikit... heheheheh






cantiknyaaaa ruang tamu dekat IKEA ni.... masa pergi IKEA hari tu ada jugalah usya-usya harga... tak semua benda dekat IKEA tu mahal... kene pandai-pandai cari lah yang cantik-cantik tapi harganya berpatutan... barulah berbaloikan... hidup ni kene pandai menilai sesuatu barang.,,, jangan main rembat je... nanti ada je tak puas hati... lepas tu bash orang yang jual tu cakap tak ada kualiti.. padahal tak pandai cari barang... tengok cantik je rembat... tak tengok harga... bila pakai rosak... menjaja citer dekat orang barang dekat kedai tu tak elok... hahahaha... barang kalau jaga elok-elok inshaallah okey... kalau ganas-ganas memang cepat lah rosak... hehehhe

ehhhh... dah banyak sangat celoteh ni... jam pun dah masuk pukul 1,50 p.m nak masuk kerja dah... 

tata semua,
meoww meowww
Assalammualaikum


SHAWL by @baieyahsm


" Awak Nak Kiut ??? Jom Pakai Shawl @baieyahsm "




Assalammualaikum,
Hari ni Eyrra nak promote satu IG shop yang baru lagi nak meningkat usia... kira masih lagi merangkak-rangkak dalam bidang bisness... so korang boleh lah terjah sendiri dekat IG shop dia... owner shawl ni masih muda lagi... masih belajar lagi... kira dia gigih juga lah nak buat bisness... tapi sekarang ni tak kira usia... kalau ada bakat... tunjuk kan bakat tu melalui kebolehan yang ada... inshaallah rezeki @baieyahsm akan bertambah... 




Haaaaaa !!!! cer korang tengok IG @baieyahsm ni... macam-macam colour ada kan... cantik-cantik semua... so apa lagi... pergi lah terjah IG dia... klik-klik sikit yang cantik-cantik... lepas tu tak payah fikir panjang-panjang korang rembat je satu... buat koleksi shawl korang.... mana tau bila pakai shawl @baieyahsm ni korang rasa selesa dan nak rembat beberapa helai lagi kan... lepas tu boleh share dengan family atau kawan-kawan yang lain... tak gitu....

okeylah tak ada masa nak celoteh banyak-banyak sebab busy sikit akhir-akhir ni....
so korang boleh lah follow IG @baieyahsm laju-laju k...


tata semua,
meoww meoww
Assalammualikum


HIDUP !



Find a room,and your ideal housemates




Assalammaulaikum, 
hari ni Eyrra nak share tentang macam mana nak cari bilik sewa yang murah dan cukup selesa di sekitar Malaysia ni... dunia sekarang ni kan dah canggih... semua orang kan dah ada fone dan internet... so apa lagi... google je... semua benda di hujung jari dah sakarang ni... tak payah berpanas-panas nak cari rumah... korang boleh pergi terjah terus dekat laman web HIDUP . laman web HIDUP ni baru je menapak pada bulan Oktober, 2015 tahun lepas...Tiada iklan di Televisyen, 


kata orang, "we try to spread the good thing by word of mouth"


Tujuan laman web ini ditubuhkan adalah untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana untuk mencari bilik untuk disewa khususnya di Lembah Klang dan sekitarnya. Trend sedia ada untuk mencari bilik sewa adalah kebanyakkannya di laman sosial seperti Facebook atau pun di Mudah.my. Namun begitu kedua-duanya bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. 

 Benar, memang ada laman web untuk pencarian bilik sewa dan yang paling mendapat sambutan selama ini. Mereka merasakan bahawa banyak improvasi yang boleh dilakukan. 
  • Map Function 
  • Price range
  • Find a housemate - Contact users
Ciri yang paling istimewa adalah bagi mereka "Find a housemate". korang boleh rujuk di pautan ini: Search People . Di sini pengguna boleh mencari housemate atau pun korang punya bilik sewa/rumah sewa boleh mencari "potential tenant" dan juga sebaliknya. Di sini ada dua option 
  • People looking for a room
  • People looking for a tenant
Jadi ini boleh membantu mereka diluar sana yang mungkin selalu mencari housemate untuk penuhkan bilik/rumah sewa mereka dan bukan itu sahaja, ianya berguna untuk kedua-dua, penyewa dan tuan rumah.

Mengapa Hidup.my - Mengapa tidak? jika ianya adalah suatu improvasi dari sebuah laman web yang sering digunakan ramai dan ianya percuma. Untuk tambahan lagi, mereka tahu bahawa majoriti pengguna di Malaysia adalah pengguna mobile. Mereka telah pastikan bahawa ianya mobile-friendly tanpa pengguna perlu muat turun sebarang aplikasi. Mereka tidak menolak kebarangkalian untuk membuat aplikasi tetapi ianya lebih mudah jika pengguna tidak perlu download sebarang aplikasi sekirannya ia pada awal sudah pun mobile-friendly

 Secara jujurnya, mereka tidak ada golongan/kumpulan fokus kerana melibatkan semua - penyewa dan Tuan rumah. Ini bermaksud jurang umur yang berbeza-beza. Namun begitu, boleh mereka katakan bahawa mereka memang hendak bantu golongan pertengahan dan kebawah atau pun "middle income" dan "low income" group khususnya Pelajar dan Eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaan di kota raya. Oleh kerana itu Price Range pun kami letak maksimum RM2,000 dan itu pun sudah sangat mahal bagi sebuah bilik. Dengan harapan, lebih mudah orang mencari bilik sewa kerana mereka tahu bahawa 2016 dan seterusnya akan menjadi lebih sukar bagi golongan ini jika tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik dan menyewa bilik adalah salah satu cara untuk mengurus kewangan dengan baik. Tapi betul juga kalau nak kata lain orang lain rasa, ada juga pengguna yang sewa mahal-mahal. :D


okeylah tak larat nak celoteh banyak-banyak... kalau nak tau lebih lanjut korang boleh check sendiri laman web HIDUP tu sendiri... mana tau membantu ke kan nanti... tak payah lah pening-pening kepala lagi nak fikir pasal rumah, pasal kewangan... semua benda boleh settle kalau korang klik dekat laman web HIDUP ....

SELAMAT BERFIKIR ! RENUNG-RENUNGKANLAH !

tata semua,
meoww meoww
Assalammualaikum


MUA by @naslovata


Assalammualaikum semua,
kali ni Eyrra nak share MUA yang serasi dengan Eyrra... memang kalau ada photoshoot memang @naslovata yang selalu akan make up Eyrra... ramai yang tanya... siapa yang make up Eyrra ni... cantik sangat... macam make up artis je... hehehhe... Eyrra pun apa lagi... promote lah @naslovata... semua macam terkejut & tak percaya @naslovata boleh make up secantik ni... walaupun sebelum-sebelum ni make up @naslovata simple je... kurang cantik macam sekarang... Eyrra sebagai sahabat perlu bagi sokongan... bukan jatuhkan lagi dia... kita kalau nak tengok orang melayu berjaya... kita kene bagi semangat dekat dia... nanti makin lama makin semangat dia nak naikkan diri dia sampai dia berjaya... Aaminn...




Make up kali ni  bukannya orang Malaysia je yang puji make up ni cantik... orang-orang Arab pun suka tengok make up Eyrra... rasa segan pula bila orang Arab puji kita cantik... lepas tu puji make up ni cantik... tak sangka orang Arab boleh tegur... terkejut juga... sebab jarang tau orang luar nak tegur dengan orang yang dia tak kenal... nak-nak pelancong dari luar... hehehehe.... 




ni make up sebelum gambar dekat atas tu... seriusly makin lama makin cantik make up @naslovata




sesiapa yang nak contact dengan @naslovata... boleh lah pergi dekat IG : @naslovata sendiri... pergi terjah sikit gambar-gambar yang ada dekat IG dia....


tata semua
meoww meoww
Assalammualaikum

Baju Muslimah by @dquealeefa


" Nak Bergaya Jom Pakai Baju Muslimah by @dquealeefa "


Assalammualaikum semua,
hari ni Eyrra nak update tentang baju Muslimah dari " online shopping " yang baru nak berjinak-jinak naik ni... kalau korang free boleh lah terjah IG @dquealeefa ni... mana tau ada yang berkenan dihati ke kan... boleh rembat satu... 





okeylah tak nak celoteh macam-macam lagi... just nak share salah satu baju yang ada jual dekat @dquealeefa tu... sebenarnya banyak lagi... tapi kalau korang nak tau lebih lanjut... pergi terjah sendiri dekat page atau IG @dquealeefa sendiri... 


tata semua
meoww meowww
Assalammualaikum


#doayangbaikbaik


" Dugaan Orang Bertunang "


Assalammualaikum, hari ni Eyrra nak share sikit pasal line merah yang Eyrra letak dekat antara gambar Eyrra dengan En. Tunang hari tu... padahal Eyrra dengan En. Tunang okey okey je... Eyrra tak nak lagi mendatangkan masalah & salah faham dengan gambar tu... harap sangat orang yang buat mulut pasal kami tu... perbetulkan keadaan... selagi tak keluar dari mulut kami... janganlah percaya cakap-cakap orang luar ni... selagi kami boleh diam... kami diam je... Eyrra percaya sangat mesti orang yang suka sangat buat fitnah dekat Eyrra... dia memang suka tengok gambar tu... mesti tergelak-gelak tengok gambar tu... tak gitu... Eyrra just nak cakap... dunia ni macam roda.... kalau kau buat orang... sekelip mata benda tu jadi dekat kau... 

" Hubungan yang matang adalah hubungan yang sering bergaduh tetapi tetap stay, bukan cari lain"

Sebenarnya line merah tu tak bermaksud apa-apa pun... line tu just acah-acah macam bergaduh je... sebab kalau orang baca caption tu elok-elok orang akan faham... bergaduh macam mana pun relationship tu... diaorang tetap stay... kecuali dia bukan jodoh kita... tapi semua tu atas diri kita juga... kalau kita sayangkan dia... gaduh teruk macam mana pun kita tak nak "putus" kalau benda boleh settle apa salahnya bincang elok-elok... 




Eyrra dengan En. Tunang pun dah lama berkawan... Eyrra dah lama suka En. Tunang dari form 1 lagi tau... cuma En. Tunang je tak berapa nak nampak Eyrra masa tu... hahahha... mungkin masa form 1 Eyrra ni dia nampak comot je... hahhaha... tak berapa nak pandang sangatlah kan... dia kan form 4... kacak pula tu... hahahhah... ( awk jangan baca... nanti kening awk makin lebat... hahahhah ) Eyrra pun tak sangka dia boleh suka Eyrra melalui tengok gambar-gambar Eyrra dekat "Facebook" terus add Facebook Eyrra... hehhehe... padahal dia tak tau... dialah lelaki pertama yang Eyrra nampak dekat sekolah dulu.... 9 Tahun juga lah Eyrra dah kenal En. Tunang... tapi bila dia nak kenal dengan Eyrra... dia berlakon sikit.... nama FB dia " Blackport " so memang Eyrra tak terfikir pun dia mamat yang Eyrra suka masa form 1 dulu... sebab dia sorok pasal diri dia... heheheh... dah lama kenal baru tau yang dia ni " Irwanshah " yang budak-budak ni letak nama dia sebab tak tau nama sebenar dia sape masa tu... selalu nampak dari jauh je... hehehheeh




Eyrra minta maaf atas kesilapan yang agak bodoh jugalah... edit gambar sesuka hati... tak fikir akibatnya nanti... mungkin Eyrra ramai yang memerhati... so memang cepat lah keluar dari mulut orang bercerita pasal Eyrra... Eyrra harap korang doakan je lah hubungan kami baik-baik... 




En. Tunang suruh Eyrra letak love dekat situ... cover balik line merah hari tu... sebab takut keluarga yang tengok gambar yang hari tu... takut mereka salah faham pula nanti... benda boleh jadi besar pula nanti...

Inshallah lepas ni Eyrra akan elak dari edit gambar-gambar macam tu lagi... edit tak fikir apa akibatnya nanti... padahal kepala otak ni fikir benda tu biasa je... hehehehe... mungkin orang lain tak sependapat dengan kita... Eyrra otak kau tu please lah jangan gila-gila sangat... orang lain otak tak gila-gila macam hang... so tolonglah faham sikit...


#TOLONGJANGANKECAMSIS

tata semua,
meow meoww,
Assalammualaikum,


 
Copyright © Missue Eyrra Zerra | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in