Wajib Mengetahui Kebaikan Minum Air Suam

                                                                    
" Wajib Baca Untuk Menambahkan Ilmu Pengatuhuan Anda "

Assalammualaikum semua... Lepas je habis 4 paper... lepas ni gap dalam 8 hari... Eyrra curi masa sikit untuk update blog gugurl Eyrra ni... rindu sangat nak update blog ni... hehehe... sebelum final hari tu Eyrra ada update pasal " Demam Final Kembali Oiiii " sekarang ni dekat Uitm Segamat a.k.a US setiap petang je hujan... Eyrra bersyukur sangat... Allah turunkan hujan... tapi kesihatan kene jaga juga... sebab bila dah hujan ni... suhu semakin sejuk... kenelah jaga kesihatan... sebab sekarang ni musim final... kalau sakit nanti susah nak study... tak gitu kawan-kawan... Alhamdullilah... sekarang ni keadaan Eyrra dah okey dah... ubat pun semua dah habis Eyrra telan... nak cepat sihat... nanti kalau sakit... terganggu pula masa nak study kan... masa demam tu Eyrra mengamalkan minum air suam je... tak minum air sejuk pun... sebab nak cepat sihatlah katakan... kihkihkih... bila Eyrra gores dekat tangan Eyrra... dah tak ada kesan putih lagi... sebab Eyrra dah minum air suam dengan begitu banyak sangat... hahaha... kali ni Eyrra nak kongsi tentang " Kebaikan Minum Air Suam " wajib baca dengan teliti okey... untuk kesihatan diri kita juga...




Tahukah korang kelebihan minum air suam berbanding air sejuk??? kepada sesiapa yang suka minum air suam, fakta ini sangat bagus buat korang... selepas makan, tentunya minum air sejuk itu lebih "syok" berbanding air suam bukan??? Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan korang, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan dan sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan...

Minum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab...

Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal... ia akan selari dengan enzim intestine... dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser... adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makan.

Makanan kegemaran Eyrra ada lah Bihun Sup... hehehe... saje je nak habak kat hampa semua makanan kegemaran Eyrra... mana tau ada yang nak belanja Eyrra makan ke kan... nanti tak payah tanya apa Eyrra nak makan... terus je order... hahaha... surprise sikit... kihkihkih... okeylah... kita teruskan lagi... ni sekadar iklan semata-mata...

Kita ambik contoh masyarakat cina dan jepun...diorang ni memang suka minum air suam terutamanya air teh panas selepas makan... ramai ke dikalangan kita yang mengamalkan tabiat macam ni??? rasanya tak ramai kot... setiap kali Eyrra pergi makan dekat kedai makan, rata-rata orang 'kita' lebih gemar minum air sejuk... Eyrra sendiri juga tidak terkecuali... hehehe... tapi fikir-fikir balik elok kita amalkan tabiat macam ni... boleh hindarkan dari penyakit jantung juga...

Tapi kadang-kadang kalau teringin sangat nak minum air yang sedap-sedap contohnya air Strawberries , Carrot & Apple sejuk tu... boleh je... bukannya tak boleh langsung... teruklah tu kan... cuma jangan terlalu keraplah... macam kejap-kejap nak minum air sejuk je... air suam langsung lupa kan... ntah-ntah tak sentuh langsung... sebab dah terbiasa nak minum air sejuk je kan... lepas ni ubah lah sikit... slow-slow... lama-lama terbiasalah kan... paling bagus dalam sehari minum 8 gelas air kosong... 

Fakta ini sangat bagus... bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan jantung... masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan...




Petanda Lazim Serangan Jantung

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada... awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri... Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung... muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur... sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri... berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa... lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit...

" Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas "

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum " AIS ", artikel ini sesuai untuk anda baca... sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, " AIS " akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan... ia akan memperlahankan penghadaman kita...

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai " PENYAKIT " .

Jalan terbaik adalah untuk minum " Sup Panas " atau air " Panas/Suam "selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda SERANGAN JANTUNG!!! akan mula terasa pada tangan sebelah kiri...

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda... anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama SERANGAN JANTUNG!!! .

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa... malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG!!! tidak bangun selepas tidur...

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati...

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Setakat ini itu sahaja perkongsian Eyrra tentang " Kebaikan Minum Air Suam " kalau ada apa-apa lagi berkait tentang kesihatan yang patut dikongsikan dengan anda semua... Eyrra dengan ringan tangannya menaip jejari runcing Eyrra ni untuk anda semua... Eyrra kongsi ni untuk kita semua... Insyaallah kita semua sentiasa sihat selepas mengamalkan minum air suam... Amin...

tata semua
meoww meowww
Assalammualaikum


5 comments:

  1. benar...memang elok diminum sekerap mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu weschairs... minum air kosong sehari 8 gelas memang bagus... :)

      Delete
  2. sekarang pagi2 sy mst minum air suam... kalau kat tempat kerja saya akan re-heat balik air yg saya bawa dar rumah. hehehe

    ReplyDelete
  3. Yup betul tue...air suam mmg bgus...bile perut masuk angin..sup pnas n air suam adlh solusi trbaik utk jdikn perut kite selesa...tq eyrra ats info ni...

    ReplyDelete

 
Copyright © Missue Eyrra Zerra | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in