Nukilan Dayana : Isteri Pertama Ashraf Muslim


" Nukilan Hati Dayana "


Assalammualaikum semua ,
Eyrra sekadar nak berkongsi tentang puisi " Nukilan Hati Dayana " ... bila Eyrra baca je puisi ni... Eyrra tersentuh sangat... Eyrra tak boleh bayangkan hati seorang isteri yang telah dimadukan dalam diam... mesti hancur sangat hati ni berderai-derai... cuma isteri Ashraf Muslim je yang dapat rasa semua ni... semua Kaum Hawa tak nak dimadukan... mungkin Ashraf Muslim ada sebab tertentu untuk dia berkahwin kali ke dua... kita mana tau kan... kita bukan berada di tempat dia... kita tak dapat rasa apa yang dia rasa...

Seluruh Malaysia sudah tau bahawa Ashraf Muslim telah bernikah buat kali kedua dengan bekas PRU Produksi televisyen iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu... Kehadiran Ashraf ke Mahkhamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengesah perkara ini...

Perkahwinan kedua Ashraf Muslim dirahsiakan daripada pengetahuan isteri pertamanya iaitu Dayana dan keluarga... Perkara ini sedikit sebanyak meremukkan hati Dayana... Dayana mengetahui kejadian sebenar apabila terjumpa interniti penerbangan Ashraf Muslim dalam beg kembaranya...

Bayangkan betapa remuknya perasaan hati seorang isteri... Sebagai Kaum Hawa , perasaan syahdu dan sedih turut dirasai... Semoga Ashraf Muslim dan isteri barunya Wan Sakinah memohan maaf dan menjernihkan kembali hubungan mereka... Kita doakan yang baik-baik untuk mereka... Jom baca puisi dekat bawah ni... 

Berikut adalah Nukilan Hati Dayana...
Puisi dicipta oleh : Ana Hawana...

Sucinya aku , kau miliki ketika di " Makkah "
Hebatnya dia , kau sembunyikan ketika di " Thailand "

Sungguh beratnya memegang " Kasih "  dan " Cinta " pada seorang suami...
Berdoa agar jodoh dia memang milik aku seorang sampai mati dan sungguh...
Andai jodoh dia tetap ada bersama orang lain...
Aku akan terima dengan terbuka dan terus kuat macam yang " Mami " lakukan...

" Percaya pada jodoh " 
" Percaya pada ketentuan "
Menangis air mata darah pun kalau takdir dan begitu...
Kita ada dua pilihan...
" Terima " atau " Menarik Diri "

Tak usah bicara tentang " Payung Emas "
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci " Khadijah " atau " Fatimah "

Tak usah bicara tentang " Zuriat "
Kerana
Aku bukan " Allah S.W.T "
Mudah menyebut " Kun Fa Ya Kun "

Tak usah bicara tentang " Setia "
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan " Perempuan Jalanan "

Tak usah bicara tentang " Tanggungjawab "
Kerana
Aku tahu kau lebih " Arif " tentang itu...

Tak usah bicara tentang " Kesempurnaan "
Kerana
Aku terima " Kekurangan " kau kerana Allah S.W.T...

Tak usah bicara tentang " Dia "
Kerana
Aku " Diasingkan " darimu kerana dia...

Berhenti " Beralasan " ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu...
Hanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan...

Penjelasan Ikhlas Dari Ana Hawana Sendiri :



tata semua
meowww meowww
Assalammualaikum 

2 comments:

 
Copyright © Missue Eyrra Zerra | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in