PeRhUbUnGaN jUgA sEpErTi RoDa

" CINTA"
sesiape yg sedang berCINTA... mai ar bace bende nie... msty kowg pun pernah merasai bende yg same an... tol x?????


Saya rasa anda mesti pernah mendengar bahawa kehidupan kita ini adalah sebuah seperti sebuah roda yang bseputar.Sekejap kita berada di atas,sekejap kita berada di bawah,sekejap kita hidup senang dan sekejap kita hidup susah.Proses ini akan berulang-ulang sama seperti sebuah roda yang berputar tanpa henti.


Begitulah juga dengan perhubungan kita bersama dengan pasangan.Ianya sama seperti sebuah roda,seperti kehidupan yang kita lalui.Kadang-kadang kita rasa gembira dengan pasangan kita.Tetapi ada masanya,kita akan berasa sedih.


Macam-macam boleh berlaku dalam berpasangan.Ketika "RODA" kita berada di atas,segalanya adalah kegembiraan.Kita rasa gembira apabila dapat berjumpa si dia,bejalan bersama-sama,menonton wayang bersama-sama,berkongsi kisah dan citer,dan meluangkan masa bersama dengannya.


Tetapi,apabila "RODA" kita berada di bawah,segalanya hanyalah kesedihan.Mungkin disebabkan berlakunya perselisihan faham,terasa dengan sikap pasangan,atau berkecil hati menyebabkan perhubungan itu tidak manis dah menjadi hambar.Pada waktu itulah kita sedar bahawa tidak segalanya indah dalam berpasangan.Langit yang cerah tidak akan sentiasa cerah tanpa mendung dan hujan.


"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI,
DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT,
KITA TERTANYA-TANYA KE MANA HILANGNYA MATAHARI,
RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI..."


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Missue Eyrra Zerra | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in