Kursus Pra Perkahwinan Islam


" Pedoman Khusus Enterprise di Tampin , Negeri Sembilan "


17 Zulkaedah 1437 - 18 Zulkaedah 1437
20 Ogos 2016 - 21 Ogos 2016




Assalammualaikum semua, 
Malam ni Eyrra nak share sikit pengalaman Eyrra masa pergi kursus pra perkahwinan hari tu.... sebenarnya Eyrra dengan En. Tunang tak tahu langsung tempat kita orang nak pergi kursus ni.... sebab kita orang ni jarang jumpa... memang jumpa untuk benda penting je... kalau tak memang tak jumpa lah... lepas tunang... kita orang jumpa boleh kira dengan jari lah berapa kali kita orang jumpa... sampai orang sekeliling pula risau... tak jumpa En.Tunang ke... tak rindu dia ke.... tak risau ke kalau dia ada orang lain... korang kan jauh... dia dekat selangor kau dekat melaka.... apa nak pening-pening kepala fikir bukan-bukan tentang En. Tunang... dah sah-sah dia tunang aku... aku tau lah dia sibuk bila... dia free bila... kalau dia free dia call atau whatsapp aku lah.... kalau dia sayang aku... dia setia lah dekat aku... kalau dia nak ada perempuan lain ke apa ke.... memang aku tak percaya... sebab dia bukan lelaki yang macam tu... aku kenal dia tu macam mana... sebab dia yang beria jumpa family aku... ajak aku bertunang... tak kan dia sanggup nak menduakan aku... so aku fikir positive je tentang En. Tunang... kalau fikir negative je tentang pasangan kita... nanti bila dah kahwin lagi lah macam-macam dugaan kau kene hadap.... so hidup ni kene relax sikit... baru tak stress kepala otak ni.... 

Bila masing-masing dah risau bila lah kita orang ni nak pergi kursus kahwin ni... benda lain dah selesai... tup tup benda yang penting ni tak buat lagi... ayoyooooo... tertiba masing-masing pening kepala... masing-masing sibuk cari tarikh bila free... hahahhahaha... tarikh kahwin pun pening kepala nak cari tarikh sesuai... ni pula nak fikir tarikh untuk pergi kursus kahwin.... hahahahaha... ingatkan nak kahwin ni senang je... rupanya macam-macam step kene hadap.... step pertama merisik , step kedua bertunang , step ketiga kursus kahwin , step keempat pula????? step nak pergi ke alam perkahwinan ni memang banyak... so slow-slow lah kayuh... hehehheh... tak payah nak gelabah-gelabah sangat... bila orang tanya bila nak kahwin???? aku senyum je lah... tunggu kad je nanti yer... 

Kalau korang tak nak pening-pening kepala... korang jadilah seperti kami... hanya cari facebook
 " Pedoman Khusus Enterprise " lepas tu cari number phone staff diaorang... korang whatsapp je tarikh yang korang plan nak pergi... sebab kalau korang dah booking tarikh senang... sebab kursus kahwin ni sentiasa penuh je... kalau tak booking nanti korang kene cari tarikh yang lain pula... booking hanya RM30 sorang... tapi bila dah bank in tu resit kene simpan... sebab diaorang nak tengok bukti yang korang dah bank in... so kalau dah booking korang tak payah lah susah-susah nak pergi sana semata-mata nak booking je... better cari kerja senang daripada nak susah-susahkan diri pergi sana.... 

Aku just nak bagi tau dekat orang-orang Masjid Tanah... better korang pergi Tampin... sebab dekat dengan Masjid Tanah... korang tak hadap jamme... sebab nak ke Tampin cuma redah jalan kampung je... so nak cari kerja senang... pergi situ je... dekat pun dekat... yang penting tak jamme.... 

Kalau dah booking tarikh yang sesuai... bila dah sampai sana nanti... just bayar selebihnya sahaja... yang penting resit kene simpan... nanti diaorang akan bekalkan buku
 " Memasuki Gerbang Perkahwinan " masa tu lah korang dah melangkah ke step kursus kahwin... korang kene hadap lah 11 modul yang kita kene tahu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.... masa tu lah korang akan tahu step seterusnya... hahhahaha... kene lengkap kan borang bagai untuk kahwin... korang jangan risau.... nanti diaorang akan ajar... 

Masa dengar ceramah... penceramah semua cakap nogori... hahahahah... lupo pula yang aku ni pergi Kursus Kahwin dekat Tampin , Negeri Sembilan.... memang orang Nogori je lah yang jadi penceramah.... ada benda yang aku faham... ada benda tak faham... tapi aku memang suka dengar orang cakap Nogori... tergelak-gelak juga lah aku... 




Okey lah pendekkan cerita kalau korang pergi Kursus Kahwin nanti korang tau lah sikit-sikit tentang adab perkahwinan.... Adab suami isteri.... adab-adab yang korang perlu tahu sebelum masuk alam perkahwinan....

Ciri-ciri dekat atas ni pun kita kene tahu.... inshaallah kalau kita nak bina masjid Allah akan permudahkan urusan kita... Aamiin...




yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!
kami dah ada Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam... so lepas ni kene settle kan HIV test & borang-borang nak kahwin pula.... HIV test tu kene buat 6 bulan sebelum nak kahwin... sebab HIV test just tahan 6 bulan je kan... so kene pandai-pandai lah budget masa bila nak buat HIV test tu k... yang penting borang-borang nak kahwin kene lengkap... okeylah tak nak celoteh macam-macam lagi... esok koje ler... kene bangun awal...

tata semua,
tunggu step yang seterusnya pula yer... doakan kami ke alam perkahwinan dan until jannah... Aamiin....
meoww meowww

Kelebihan Minum Air Kosong !


" Nak Sihat Perbanyakkan Minum Air Kosong Berbanding Air Manis "




PIXY & Carrie Junior


" Bedak Kecantikan Missue Eyrra Zerra "


Assalammualaikum,
kali ni Eyrra nak share bedak apa yang Eyrra dok tepek-tepek dekat muka ni... Eyrra suka sangat share apa yang Eyrra pakai... biar kulit kita sama-sama cantik... hehhehe... ada yang tanya Eyrra... nape Eyrra nak share rahsia kecantikan kulit Eyrra ... alamakkkk cantik ke???? hahahha... pandai berguraukan korang ni... nak amik hati titew lah tu... hehheheh... nak tau rahsia Eyrra lah tu... kan kan... okeylah Eyrra bukannya jenis yang nak rahsia bagai ni... sebab kalau orang tanya baik-baik dekat Eyrra.. so Eyrra dengan senang hati nak share apa yang Eyrra pakai... Eyrra just nak share dekat korang semua... sebab orang perempuan ni dia kene ada basic make up untuk harian dia.. make up natural untuk pergi office & kelas... tak kan nak nampak muka pucat je kan... bedak yang sesuai untuk kulit muka Eyrra bedak PIXY & Carrie Junior... so lepas ni korang boleh lah try pakai bedak dekat bawah ni kalau nak rasa kulit lembut macam baby... 







tata semua
meoww meoww
Assalammualaikum


 
Copyright © Missue Eyrra Zerra | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in